KEK CERIA BERKRIM |
BAHAN A :-
6 biji telur
30gm ovalette
120gm gula kastor
BAHAN B:-
120gm tepung kek
20gm tepung jagung
(ayak kesemua tepung)
BAHAN C:-
100ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN KRIM MENTEGA:-
250gm mentega
100gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanila
(KRIM MENTEGA:putar kesemua bahan sehingga gebu dan berkrim.)
CARA MEMASAK:-
1.Kesemua bahan A diputar sehingga kembang.
2.Masukkan bahan B, gaul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan C.Bahagikn adunan kepada 5 bahagian.
4.Warnakn kesemua bahagian mengikut citarasa masing2.
5.Masukkn ke dlm loyang bulat brukuran 7". Bakar satu pesatu pd suhu 180'c selama 20-30mint atau sehingga masak.
6.Apabila masak, keluarkn dan sapukan krim mentega pada setiap lapisan.Setelah itu sapukn lebihan krim pada keseluruhan kek tadi. Kemudian.... potong dan makan...
*lebihan krim mentega td sy tambah perisa kopi sblm sapu pd keseluruhan kek. lps tu sy sagat coklat putih kat atas. sedap jugak.... SeLAmAT MenCuBa...
No comments:
Post a Comment