Wednesday, 8 August 2012

SWISSROLL CHEESE NEOPOLITAN

SWISSROLL CHEESE NEOPOLITAN
BAHAN-BAHANNYA :-

155 gram tepung optima
3 biji telur gred A
35 gram mentega, cair dan sejukkan
30 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh pewarna makanan unggu violet
1/2 camca teh pewarna makanan merah jambu
BAHAN KRIM CHEESE :-
180 gram cream cheese
50 gram mentega
1/2 camca teh lemon jus
Sedikit parutan kulit lemon
Gula aising secukup rasa, diayak (anggaran 1 - 2 camaca besar)
CARA MEMBUATNYA :-
1.Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin berukkuran 11 inci x 11 inci x 1 inci dengan kertas minyak, biar lebih sedikit agar senang untuk mengalihkan kek nanti. Ketepikan.
2.Masukkan tepung optima, telur dan air kedalam mangkuk adunan, putar perlahan hingga semua sebati, kemudian tinggikan kelajuan dan putar hingga kembang ( 7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Bagi adunan kepada 3 bahagian dan warna kan unggu, merah jambu dan satu lagi biar tanpa warna.
3.Sudukan berselang seli tapi agak berselerakkan pada dulang pembakar. Ratakan dan lorek sedikit dengan chopstick. Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dan sejuk atas jaringa, Boleh sapu krim cheese tadi atasnya dan gulung kemas, simpan dalam peti sejuk 30 minit sebelum dipotong dan hidangkan..
UNTUK CREAM CHEESE :- Satukan semua bahan untuk krim cheese dalam mangkuk adunan, putar hingga sebati dan putar lagi hingga kembang dan keputihan, boleh digunakan untuk menggulung kek tadi..

SWISSROLL SERUNDING

SWISSROLL SERUNDING

BAHAN-BAHANNYA :-
150 gram tepung optima
3 biji telur gred B
Secubit garam (tak letak)
30 ml air
30 gram mentega, dicairkan
60 gram serunding ayam (chicken floss)
3 pokok kuchai, hiris halus (atau boleh ganti dengan daun bawang)
3 camca besar mayonnaise
1 camca teh bijan
CARA MEMBUATNYA :-
1.Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 10 inci x 10 inci x 1 inci dengan mentega dan atas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2.Satukan tepung, telur dan air, putar dengan kelajuan perlahan hingga semua bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit hingga kembang, pekat dan gebu. Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
3.Tuang dalam tin, ratakan dan tabur dengan 1/2 bahagian serunding, bijan dan kuchai/daun bawang. Bakar 20 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan dan alih kek tadi ke atas jaringan biar suam.
4.Bentang sehelai kertas minyak bersih, terbalikkan kek tadi atasnya, buang kertas alas. Sapu rata dengan mayonnaise dan tabur baki serunding ayam tadi. Gulung kemas2 dan biar 10 - 15 minit. Boleh dihidangkan....

SWISSROLL STRAWBERRY

SWISSROLL STRAWBERRY

BAHAN-BAHANNYA :-
150 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur
30 gram mentega, cair dan sejukkan
30 ml air
1 camca teh strawberry emulco
Buttercream @ Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar untuk hiasan
Dusting powder atau gula aising untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-
1.Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin 10 inci x 10 inci x 1 inci dengan kertas minyak, biar lebih sedikit dibahagian kanan dan kiri, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2.Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan air, kacau rata dan putar hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit hingga adunan kembang dan pekat.
3.Masukkan strawberry emulco, kacau rata dan tuang juga mentega cair. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 25 minit. Keluarkan kek dari oven alih ke atas jaringan hingga kek sejuk.
4.Bentang sehelai kertas minyak yang bersih. Terbalikkan kek tadi atas kertas dan tanggalkan kertas pengalas kek. Sapu rata kek dengan buttercream atau whipping cream, gulung kemas gunakan kertas alas tadi sebagai medium menggulung. Biar sekejap. Hias dengan dusting powder dan strawberry segar. Hidangkan..

Tuesday, 7 August 2012

SWISSROLL

SWISSROLL

BAHAN-BAHANNYA :-
150 gram tepung optima/sponge mix
3 biji telur gred B
30 ml air
30 gram mentega, dicairkan dan biar sejuk
1 camca teh esen vanilla
4 camca besar jam raspberry*
3/4 cawan whipping cream yang telah diputar (pakai yang siap guna dalam tin)
Sedikit pewarna makanan merah
CARA MEMBUATNYA :-
1.Panaskan oven pada suhu 180C, lanser tin berukuran 10 inci x 10 inci x 1 inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2.Putar tepung optima, telur dan air hingga rata dan sebati, kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit. Masukkan mentega cair dan gaul dengan spatula hingga rata. Asingkan 3 camca besar dan letak pewarna merah, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih.
3.Tuang baki adunan ke dalam loyang, ratakan. Kemudian paipkan bancuhan merah tadi mengikut corak yang anda ingin kan, samada dibuat corak marmar atau apa yang anda suka.
4.Bakar selamat 15 - 20 minit hingga permukaan kek kuning. Keluarkan dan alih ke atas jaringan. Bila sejuk sedikit. Terbalikkan kek ke atas sehelai kertas minyak yang bersih. Pastikan bahagian corak berada dibawah. Sapu jem raspberry + whipping cream tadi rata2 dan gulung kemas. Biar sekejap dan boleh dipotong..

Friday, 3 August 2012

BISKUT TOPI

BISKUT TOPI
BAHAN-BAHAN:- 
180 gm butter atau margerin ~ lembutkan
145 gm gula halus atau gula perang
1 biji kuning telur ~ putih telur jangan buang sebab nak guna untuk icing
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung jagung
60 gm tepung kastard
Tepung gandum atau tepung ros secukupnya ~ tiada sukatan
 

CARA-CARA:-
1.Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung pada oven masing-masing.Sediakan loyang pembakar. Leserkan dengan sedikit butter. Ketepikan
2.Pukul butter dan gula halus dengan speed sederhana hingga kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan teruskan memukul.Perlahankan speed mixer
3.Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung gaul rata.Masukkan tepung gandum atau tepung ros sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada jari.Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tidak terlalu keras.
4.Canai adunan nipis, di atas 2 lapik plastik, supaya adunan tidak melekat-lekat.Terap adunan dengan acuan bulat sebesar duit siling 50 sen.Susun atas loyang pembakar
5.Canai lagi adunan kali ni tebal sedikit anggaran 1 cm tebal.Terap pula adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 5 sen.Letakkan ia atas adunan terapan 50 sen tadi.Tekan sedikit supaya ia bujur sedikit.
6.Bakar dalam oven dengan suhu 170C api bawah selama 20 ~ 25 mint atau sehingga biskut masak sempurna.
*
kena sentiasa perhatikan biskut dalam oven kerana ia mudah hangus.
Bila dah masak biarkan biskut sejuk sepenuhnya.
Sekarang kita sediakan pula icingnya

ICING
1
biji putih telur
200 gm
gula icing
1
sudu teh jus perahan lemon

 1.Satukan
telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
2.Bahagikan
adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan.Masukkan dalam piping bag.Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
3.Hiaskan
mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

MAMA CAREY



BAHAN-BAHAN:-
200 gm mentega
100 gm
gula Kastor
1
biji kuning telur
1
sudu teh esen Vanilla

Bahan Di ayak:-
260 gm
tepung red rose atau tepung gandum
50 gm
tepung jagung
50 gm
susu tepung
CARA-CARA:-
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan
Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit

Panaskan oven pada suhu 150 C
Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter ~ ketepikan
Keluarkan doh dari peti ais dan canai di atas 2 lapik plastik supaya ia tidak melekat-lekat
Terap dengan acuan pilihan
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit ~ setengah masak
Kemudian biarkan ia sejuk.

Sekarang kita sediakan icing

Icing 
1
biji putih telur
1
sudu besar tepung jagung
90 gm
gula icing

Pukul putih telur hingga kembang
Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
Masukkan adunan dalam piping bag.

Paipkan icing atas biskut tadi
Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan
Atau boleh juga taburkan manik gula untuk hiasan

Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi
Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara

*
untuk dapatkan icing yang putih, biskut yang di bakar pertama sebelum kita letak icing tu bakar sampai masak atau 3/4 masak
Lepas letak icing bakar sekejap aje.. sampai icing keras sahaja lepas tu dah boleh angkat.. sebab kalau lama dalam oven takut icing kuning.
lagi satu pastikan suhu oven bertepatan.